Pada
suatu hari si suami membuat cadangan berikut kepada isterinya.
“Sayang,
saya akan meninggalkan rumah ini. Saya akan mengembara jauh, untuk mencari
pekerjaan dan bekerja keras supaya dapat memberikan kamu kehidupan yang selesa
yang selayaknya kamu dapat.”
Saya
tidak tahu berapa lama saya tinggal jauh dari kamu, cuma satu yang saya pinta,
tunggu kepulangan saya, dan sepanjang kepergian saya, kamu harus setia kepada
saya, kerana saya akan setia kepada kamu.
Isterinya
bersetuju, jadi pemuda itupun pergi. Dia jalan berhari-hari sehingga akhirnya
dia bertemu dengan seorang peladang yang memerlukan pekerja. Pemuda itu
menawarkan khidmatnya. Dia diterima. Oleh itu dia membincangkan syarat-syarat
dengan majikannya.
“Saya
akan bekerja selama mana yang saya mau dan apabila saya ingin pulang, tolong
lepaskan saya daripada pekerjaan saya. Saya tidak mau menerima gaji saya. saya
mau kamu simpankan itu untuk saya, sehingga pada hari saya akan pergi. Pada
hari saya memutuskan untuk pulang, tolong berikan wang saya.”
Mereka
sama-sama bersetuju. Jadi, pemuda itu bekerja selama dua puluh tahun tanpa cuti
dan tanpa rehat. Selepas dua puluh tahun, dia mendatangi majikannya dan
berkata, “Tuan, saya mahukan wang saya, kerana saya ingin pulang.”
Majikan
itu menjawab, “Baiklah, lagipun saya telah membuat perjanjian dengan kamu dan
saya mematuhinya. Bagaimanapun, sebelum kamu pergi saya ingin menawarkan
kepadamu sesuatu yang baru. Saya akan berikan semua wang kamu dan benarkan kamu
pergi; atau saya berikan kamu tiga nasihat, tetapi kau tidak akan dapat wang
itu. Sekarang, pergilah ke bilikmu dan fikirkan keputusanmu.”
Dia
berfikir selama dua hari. Kemudian dia pergi berjumpa dengan majikannya dan
berkata, “Saya mahukan tiga nasihat itu.”
Majikan
itu menekankan semula, “Jika saya berikan kepadamu tiga nasihat, kamu
kehilangan wangmu itu.”
Pemuda
itu menjawab, “Saya mahu tiga nasihat itu.”
Kemudian
majikan itu memberikan tiga nasihat:
1.
Jangan mengambil jalan pintas dalam kehidupanmu, jalan pintas dan tidak
diketahui boleh membahayakan nyawamu.
2.
Jangan sekali-kali terlalu ingin tahu, kerana keingintahuan terhadap kejahatan
boleh membunuh.
3.
Jangan membuat keputusan ketika dalam kemarahan atau kesakitan, kerana apabila
kamu menyesal, itu sudah telambat.
Selepas
memberikan tiga nasihat ini, majikan itu berkata kepadanya, “Di sini ada tiga
buku roti untukmu, dua untuk kau makan semasa dalam perjalanan dan yang
terakhir adalah untuk kau makan bersama isterimu setelah kau sampai di rumah
nanti.”
Jadi,
pemuda itupun pergi, selepas dua puluh tahun jauh dari rumah dan isterinya yang
dia sangat cintai.
Selepas
lima hari perjalanan, dia bertemu dengan seorang lelaki yang menyapa dia dan
bertanya, “Ke mana kau pergi?”
Pemuda
itu menjawab, “Ke suatu tempat kira-kira 20 hari perjalanan jika saya terus
berjalan.
Orang
itu berkata kepadanya, “Wahai pemuda, jalan itu sangat panjang! Saya tahu jalan
pintas yang sangat selamat dan kau akan sampai dalam masa 5 hari sahaja.”
Pemuda
itu mula ikut jalan yang dicadangkan, tetapi kemudian dia teringat nasihat yang
pertama.
"1.
Jangan mengambil jalan pintas dalam kehidupanmu, jalan pintas dan tidak
diketahui boleh membahayakan nyawamu."
Lalu
dia kembali mengikut jalan yang panjang. Beberapa hari kemudian dia ketahui
bahawa jalan pintas itu membawa kepada serangan hendap.
Selepas
beberapa hari perjalanan lagi, dia dapati rumah tumpangan di tepi jalan, di
mana dia boleh berehat. Dia membayar sewa bilik dan setelah mandi dia baring
untuk tidur.
Pada
malam itu dia terbangun kerana dia mendengar jeritan yang menakutkan. Dia bangun
dan pergi ke pintu untuk melihat apa yang berlaku. Ketika dia hendak membuka
pintu, dia ingat nasihat yang kedua.
"2.
Jangan sekali-kali terlalu ingin tahu, kerana keingintahuan terhadap kejahatan
boleh membunuh."
Oleh
itu dia kembali, baring dan tidur semula.
Esoknya,
selepas sarapan, pemilik rumah tumpangan itu bertanya kepadanya sama ada dia
tidak mendengar jeritan malam itu. Pemuda itu mengesahkan bahawa dia telah
mendengar.
Kemudian
tuan rumah itu berkata, “Kamu tidak ingin tahukah apa yang berlaku?”Pemuda itu
menjawab, “Tidak.”
Tuan
rumah itu berkata, “Kamulah tetamu pertama yang meninggalkan rumah ini
hidup-hidup. Jiran saya benar-benar gila. Dia biasanya menjerit pada waktu
malam untuk menarik perhatian orang. Apabila tetamu keluar, dia membunuh mereka
dan menguburkan mayat mereka di belakang rumah.”
Pemuda
itu meneruskan perjalanannya, tak sabar-sabar sampai lebih awal.
Selepas
beberapa hari dan malam berjalan, pemuda itu sangat penat, tetapi akhirnya dia
nampak rumahnya dari jauh. Waktu itu sudah malam. Ada cahaya dari tingkap dan
dia nampak bayang-bayang isterinya. Tetapi dia lihat isterinya tidak
bersendirian. Pemuda itu datang lebih dekat dan melihat ada seorang lelaki
bersama isterinya.
Dia
memutuskan untuk menyerbu dan membunuh mereka berdua tanpa belas kasihan.
Bagaimanapun,
dia menarik nafas panjang dan mengingati nasihat yang ketiga.
"3.
Jangan membuat keputusan ketika dalam kemarahan atau kesakitan, kerana apabila
kamu menyesal, itu sudah telambat."
Lalu
dia berhenti, dia memutuskan untuk tidur di luar pada malam itu. Dia tidur di
semak, memutuskan untuk membuat keputusan esoknya.
Setelah
pagi, dia lebih tenang dan dia berkata dalam hati, “Saya tidak akan bunuh
isteri saya dan kekasihnya. Saya akan kembali kepada majikan saya untuk meminta
dia terima saya semula. Tetapi sebelum saya pergi, saya mau katakan kepada
isteri saya bahawa selama ini saya tetap setia kepadanya.”
Dia
ke pintu dan mengetuk. Apabila isterinya membuka pintu dan mengenali dia, si
isteri menangis dan memeluknya dengan perasaan yang gembira sekali. Suami itu
cuba menolak isterinya tetapi tidak berdaya. Kemudian, dengan linangan air mata
dia berkata kepada isterinya, “Saya tetap setia padamu tetapi kamu mengkhianati
aku.
Isterinya
terkejut, lalu dia menjawab, “Bagaiama saya mengkhianati kamu? Saya tidak
pernah mengkhianati. Saya dengan sabar menanti kamu selama dua puluh tahun.”
Kemudian
si suami bertanya, “Bagaimana dengan lelaki yang kau usap-usapi semalam?”
Isterinya
menjawab, “Lelaki itu adalah anakmu. Ketika kamu pergi, saya dapati saya sudah
mengandung. Hari ini genaplah umurnya yang kedua puluh tahun.”
Setelah
mendengarnya, si suami memohon ampun dari isterinya. Dia berjumpa dan memeluk
anaknya. Kemudian dia menceritakan semua yang dia alami selama pemergiannya.
Sementara
itu, isterinya menyediakan minuman untuk mereka makan besama roti terakhir yang
diberikan oleh majikan si suami.
Selepas
doa kesyukuran, dia mematahkan roti itu. Di dalam roti itu dia melihat wangnya,
semuanya. Bahkan, wang itu lebih daripada gaji yang sepatutnya dia terima bagi
kerjanya yang dedikasi selama dua puluh tahun.
Kawan-kawan,
begitulah umpama Allah mengajar kita. Apabila dia meminta kita buat
pengorbanan, dia ingin memberikan kita lebih banyak daripada apa yang kita
berikan kepadaNya. Dia mau kita memiliki hikmatNya yang unik dan juga berkat
kebendaan.
"RENUNGAN
BUAT KITA YG SEMAKIN TUA"
1.
Sisα hίdυρ semakin pendek:
»
yg boleh kita makan, makanlah;
»
yg boleh kita pakai, pakailah;
»
yg Ingin kita beli, belilah;
»
kalau masih mampu memberi, berilah;
»
masih mampu berbagi, berbagilah.
Kerana
semua yg ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dgn ahli waris,
Allah yg akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha.
Nikmatilah
hίdυρ ini dgn pasangan kita selagi masih ada.
2.
Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dgn
berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah & selalu mengucap
syukur, kerana kita tdk tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'.
3.
Waktu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekejap kita
memasuki masa tua, itu PASTI !
4.
Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang; membandingkan ke
bawah, kita merasa lebih; bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang
kita punya, kita pasti bahagia.
Bersyukurlah
dengan apa yg kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya.
5.
Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan --- semua itu hanyalah
sementara, hanya pinjaman.
Yang
terbaik dan terpenting adalah Perilaku yang Baik, sentiasa membantu orang, tidak
berbuat hal-hal tercela, mengawal diri.
Jangan
menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada...
dan
yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin.
Ini
kerana KESEHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan
hίdυρ ini.
6.
Kasih ibu bapa kepada anak-anak tidak ada batasnya !!!.
Kasih
anak2 terhadap ibubapa jelas batasnya.
Sedarlah!
tatkala anak sakit, hati ibubapa terhiris;
tapi
tatkala ibubapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya-tanya ala kadar...
Anak2
memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang
anak semacam pasti tidak berlaku!!!
Oleh
itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA mungkin.
7.
Rumah ibu dan bapa adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah
ibu bapanya. Ibu bapa selalu memberikan anak2 tanpa batas... tetapi tidak semua
anak akan berbakti kepada ibu bapa. SELAMAT MENITI HARI TUA
Aku
berdoa.. Ya Tuhanku
Muliakanlah
yang membaca pesan ini;
Lapangkanlah
hatinya;
Bahagiakanlah
keluarganya, dan luaskan rezekinya seluas lautan yang Engkau ciptakan;
Mudahkan
segala urusannya; Kabulkan cita-citanya;
Jauhkan
dirinya dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar, dan
mungkar;
Jauhkan
dari segala musibah serta terimalah semua amal ibadahnya; dan
Kelak
jadikanlah dia sebagai penghuni Surga-Mu. Amin